PROGRAM VAKSINASI BARISAN SEKTOR EKONOMI NEGERI PULAU PINANG (PVac)

 PVac merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bentuk kerjasama strategik awam – swasta untuk mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan pekerja-pekerja sektor ekonomi bagi membantu mencapai 80% imuniti kelompok (herd immunity) di negara ini. Semua pemain industri dan pekerja di negeri Pulau Pinang adalah layak dan digalakkan menyertai program ini.


KRITERIA UMUM:
• Berumur 18 tahun dan keatas
• Bersetuju menerima vaksin ini secara sukarela
• Tidak pernah menerima sebarang suntikan vaksin COVID-19
• Kos ditanggung syarikat RM90/pekerja


Untuk keterangan lanjut berkenaan syarat-syarat permohonan, sila layari www.penang.gov.my/pvac/
Pertanyaan lanjut, sila hubungi Sekretariat Pvac melalui emel di vaksin@penang.gov.my ATAU melalui talian 04-650 5157/ 5636 (Isnin-Jumaat waktu bekerja)