PENGUMUMAN PERKHIDMATAN KAUNTER MYPESARA

BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI

PULAU PINANG

 

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri pada 28 Mei 2021 dan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, YB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob melalui Sidang Media pada 30 Mei 2021 berkaitan pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi (total lockdown), Perintah  Kawalan  Pergerakan  (PKP)  (total lockdown) Fasa 1 akan berkuatkuasa mulai 1 hingga 14  Jun  2021. Selaras dengan Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 30 Mei 2021 mengenai pengoperasian pejabat Kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (total lockdown) Fasa 1, semua operasi jabatan/agensi di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan dilaksanakan melalui kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) sepenuhnya tidak termasuk perkhidmatan frontliners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.

Sehubungan itu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang selaku urusetia yang mengendalikan Kaunter MyPesara di Negeri Pulau Pinang akan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh kawalan berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan wabak COVID-19 sentiasa dipatuhi.

Sebarang urusan berkaitan, pesara/ orang awam adalah digalakkan untuk menggunakan aplikasi MyPesara atau secara atas talian berdasarkan kepada maklumat-maklumat seperti di Lampiran A.

Kerjasama tuan/ puan berhubung perkara ini amatlah hargai dan sebarang kesulitan yang dialami amat dikesali. Marilah sama-sama kita memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19.

Sekian, terima kasih.

 

Disediakan Oleh:

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

 

 

LAMPIRAN A

No.

Urusan

Jawapan

1.

Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sebarang borang permohonan bagi urusan persaraan :-

Contoh:

i.Permohonan Pencen Terbitan bagi kematian dalam persaraan

ii.Bantuan Mengurus Jenazah

Senarai borang dan borang-borang permohonan urusan persaraan boleh didapati dan dimuat turun di laman sesawang www.jpapencen.gov.my

2.

Bagaimana sekiranya perlu membuat proses mengemaskini maklumat peribadi (alamat/ no. telefon/ emel)

Sila muat turun aplikasi mudah alih MyPesara untuk mengemaskini maklumat peribadi

3.

Bagaimana untuk mendapatkan penyata pencen?

Sila layari pautan berikut untuk mendapatkan penyata pencen http://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran

 

Pesara/ Orang Awam boleh menghubungi urus setia Kaunter MyPesara seperti berikut :

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)

Laman Web         : http://www.jpapencen.gov.my

Emel                   : mypesara@kwap.gov.my

Aplikasi               : apps.jpapencen.gov.my

 

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

No Telefon/ Emel : Puan Laily Othman : 019-5447764 / laily@penang.gov.my

                             Encik Zubir Fadzim : 018-3116646 / zubir@penang.gov.my