Adalah dimaklumkan bahawa Penang Harmony Corporation Sdn. Bhd. (HARMONICO) telah ditubuhkan pada 10 Mac 2021 sebagai anak syarikat di bawah Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI). Justeru itu, HARMONICO dalam peroses pengambilan kakitangan bagi mengisi perjawatan yang telah diluluskan oleh MMK Bil 8/2021 pada 24 Februari 2021seperti di bawah:-


Untuk makluman , temuduga akan dijalankan oleh Pihak HARMONICO dan pemohon yang layak boleh mengemukakan resume yang lengkap ke alamat email pusatharmonipp@gmail.com.  Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 April 2021.
 
Disertakan syarat-syarat permohonan jawatan kosong HARMONICO.

Nama Jawatan

:

Pengurus Penang Harmony Corporation (HARMONICO) (Terbuka)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pengurusan & Profesional

Kategori

:

Kontrak

Gred

:

 

Jadual Gaji

:

 

Syarat Kelayakan

:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)  warganegara Malaysia.

(b)  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c)  Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d)  Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan atau dalam jawatan pengurusan.

(e)  Mempunyai minat mengenai hal ehwal antara keagamaan (interfaith matter).

(f)   Mempunyai pengalaman dalam sektor awam samada secara lansung atau tidak langsung.

(g)  Memiliki kemahiran berkomunikasi dan personaliti yang baik serta boleh berurusan dengan semua wakil agama.

(h) Harus mempunyai nilai-nilai dalam memahami kesepakatan dalam kesemua kaum dan agama.

(i)   Kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa akan diberi keutamaan. (added advantage)

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

:

Tiada

Deskripsi Tugas

:

•        Memimpin dan menguruskan pentadbiran HARMONICO;

•        Menyediakan Pelan Strategik HARMONICO dan memantau prestasi syarikat agar mencapai objektif penubuhan syarikat;

•        Meningkatkan kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan Visi Penang2030 mencapai;

•        Memastikan peranan HARMONICO dapat disampaikan kepada orang awam;

•        Memastikan dana peruntukan dibelanjakan bagi mencapai objektif peruntukan;

•        Mewakili HARMONICO dalam rundingan dengan pelanggan, pembekal, jabatan kerajaan untuk mendapatkan syarat kontrak yang paling berkesan;

•        Mengawal selia penyediaan laporan tahunan dan akaun syarikat dan memastikan persetujuan oleh Lembaga Pengarah;

•        Mengadakan perjumpaan dengan masyarakat/persatuan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama;

•        Bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam mengenai pelaksanaan polisi/dasar Hal Ehwal Bukan Islam Kerajaan Negeri;

•        Menjadi titik utama komunikasi antara HARMONICO dan Lembaga Pengarah HARMONICO; dan

•        Melaporkan perkembangan projek dan hal ehwal HARMONICO kepada Lembaga Pengarah atau mana-mana jawatankuasa yang berkaitan sekiranya perlu.

 

Nama Jawatan

:

Eksekutif Program Penang Harmony Corporation (HARMONICO) (Terbuka)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pengurusan & Profesional

Kategori

:

Kontrak

Gred

:

 

Jadual Gaji

:

 

Syarat Kelayakan

:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)  warganegara Malaysia.

(b)  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c)  Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d)  Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan.

(e)  Mempunyai pengalaman dalam penganjuran program/aktiviti/seminar/dialog.

(f)   Memiliki kemahiran berkomunikasi dan personaliti yang baik serta boleh berurusan dengan pelbagai persatuan atau pertubuhan keagamaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikakn

:

Tiada

Deskripsi Tugas

:

•        Merancang strategi pelaksanaan dasar dan polisi hal ehwal bukan Islam;

•        Berperanan sebagai penyelaras utama bagi perayaan keagamaan utama di peringkat Kerajaan Negeri;

•        Menggalakkan keharmonian agama dalam masyarakat Pulau Pinang melalui penganjuran program/aktiviti/dialog;

•        Membuat perancangan dan kerjasama dengan agensi kerajaaan dalam mempromosi Pulau Pinang sebagai pelancongan keagamaan;

•        Menilai keberkesanan pelaksanaan program/aktiviti Hal Ehwal Bukan Islam anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang;

•        Mengadakan sesi dialog antara agama berbeza untuk memupuk kesefahaman antara satu sama lain;

•        Mengikuti perkembangan berita harian, peristiwa dan perkembangan terkini di peringkat negeri mengenai Hal Ehwal Bukan Islam dan menyediakan maklum balas/laporan kepada MMK/pihak berkepentingan sekiranya perlu; dan

•        Menyediakan kenyataan akhbar, ucapan dan persembahan yang ringkas dan berkesan yang diperlukan untuk semua aktiviti penglibatan.

 

Nama Jawatan

:

Eksekutif Pentadbiran Penang Harmony Corporation (HARMONICO) (Terbuka)

Kumpulan Perkhidmatan

:

Pelaksana

Kategori

:

Kontrak

Gred

:

 

Jadual Gaji

:

 

Syarat Kelayakan

:

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a)  warganegara Malaysia.

(b)  berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

(c)   i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

ii. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(d)  Mempunyai kemahiran dalam penggunaan sistem Microsoft.

(e)  Mempunyai kemahiran dalam bidang kewangan dan perakaunan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikakn

:

Tiada

Deskripsi Tugas

:

•        Bertanggungjawab dalam operasi harian dan pentadbiran HARMONICO;

•        Berusaha meningkatkan sistem pentadbiran dan pengurusan bagi mencapai kecekapan dan keberkesanan HARMONICO;

•        Menguruskan urusan tempahan dan penyewaan bilik, ruang, dewan sebaguna di Pusat Harmoni;

•        Menguruskan penyediaan perkhidmatan pembersihan, kawalan keselamatan dan lain-lain perkhidmatan bagi Pusat Harmoni;

•        Memantau dan menguruskan utiliti Pusat Harmoni pada setiap bulan;

•        Bertanggunjawab sebagai pegawai aset dan membuat perolehan aset mengikut keperluan HARMONICO;

•        Menyelenggara fail/dokumen, pengiraan, penyediaan laporan bulanan, statistik pengunjung dan lain-lain;

•        Menyediakan laporan perbelanjaan suku tahun dan penyata kewangan tahunan;

•        Menyediakan belanjawan secara bulanan dan tahunan dan mengawasi unjuran dan pengurusan aliran tunai; dan

•        Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan kakitangan seperti perjawatan, urusan gaji dan kebajikan pekerja; dan

•        Meneraju, merangka, menguruskan dan mengekalkan media sosial, sistem tempahan Pusat Harmoni, platform atas talian dan penyebaran maklumat HARMONICO secara berkesan.