Untuk makluman, Seksyen Infrastruktur, Keselamatan, Sokongan dan Teknikal, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri (BTMKN), PSUKPP bersama syarikat pembekal akan melaksanakan Kerja-Kerja Menaik Taraf Server DNS di Pusat Data Utama, PSUKPP. 
 
 Tujuan aktiviti dijalankan adalah untuk menaik taraf perisian server DNS sedia ada kepada versi yang terkini. Kerja-kerja menaik taraf ini akan bermula pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti berikut:
             Tarikh:    5 Februari 2021 (Jumaat)
             Masa :    6 petang sehingga 7 petang
 
Dalam aktiviti ini dijangka tiada ‘downtime’ yang akan berlaku terhadap capaian portal dan aplikasi-aplikasi online Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Namun, bagi memastikan perkhidmatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak terjejas adalah diminta kepada pemilik sistem untuk melakukan pengujian sewajarnya selepas daripada aktiviti ini selesai dilaksanakan.