Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Lanjutan arahan pelaksanaan PKPB di negeri yang terkesan di seluruh negara, maka dengan ini Program Pembangunan Keusahawanan Seni anjuran Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) adalah DITANGGUHKAN daripada tarikh yang dicadangkan sebelum ini kepada satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

3. Keputusan ini diambil susulan situasi semasa penularan COVID-19 yang semakin membimbangkan. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan oleh pihak kami dari semasa ke semasa. Kerjasama semua pihak dalam bersama-sama memutuskan rantaian COVID-19 ini amatlah dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan amanah,

SEKRETARIAT PENJANA 2020

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

No. Tel : 03 - 2778 5969 / 5970 / 6054
email : sekretariatpenjana2020@aswara.edu.my