logo penang 2030

A- A A+
A A  Arial | PT Sans | Century
faq hubungi maklumbalas peta

sukpenang ms 2022

Fungsi

::: Bahagian Kerajaan Tempatan

Ketua Jabatan : Nur 'Aishah binti Md Norodin

Alamat             : Paras 56, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 10503 PULAU PINANG

Telefon            : 04-650 5374 / 650 5379

Fax                  : 04-261 6402

E-mail              : aishah.norodin@penang.gov.my

::: Fungsi

 

FUNGSI SEKSYEN DASAR DAN PERANCANGAN STRATEGIK (SDPS)

Mengawalselia dan menyelaras urusan pelaksanaan dasar dan polisi di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

Menyelaraskan pelaksanaan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri di kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan

Mengawalselia dan memantau pelaksanaan dasar atau program di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan

Menyediakan khidmat urusetia kepada mesyuarat-mesyuarat berkaitan Pihak Berkuasa Tempatan yang dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerajaan Tempatan

Menyelaraskan jawapan Dewan Undangan Negeri daripada kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan

Menyelaraskan kertas MMK Pihak Berkuasa Tempatan untuk mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

 

FUNGSI SEKSYEN KESEJAHTERAAN BANDAR (SKB)

UNIT PENGURUSAN SISA PEPEJAL

Menggubal dasar, program, strategi dan pelan tindakan pengurusan sisa pepejal negeri yang bersepadu dan kos efektif meliputi kutipan, pengangkutan,rawatan perantaraan dan pelupusan.

Menyelaras dasar pengurusan sisa pepejal Pihak Berkuasa Tempatan

Menetapkan standard, spesifikasi dan tata amalan dalam pengurusan sisa pepejal

Pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai melalui penganjuran kempen / pertandingan / bengkel / latihan berkaitan dasar seperti zero waste, 3R, seperation at source, waste to energy dan penjana sisa bayar.

Menilai laporan juruperunding dan mengkaji cadangan-cadangan untuk menambahbaikan sistem pengurusan sisa pepejal.

Menilai dan mengesyorkan teknologi yang sesuai kepada Kerajaan Negeri daripada cadangan-cadangan pihak-pihak tertentu dalam hal pengurusan sisa pepejal.

Menubuhkan pangkalan data bagi pengumpulan maklumat untuk dianalisa dengan tujuan mewujudkan dasar dari semasa ke semasa

Berhubung dan mewujudkan rangkaian (networking) dengan badan dan agensi tempatan dan antarabangsa dalam pengurusan sisa pepejal.

 

PENANG SMART DELIVERY UNIT (PSDU)

Menyediakan, mengawalselia dan menyelaras urusan pelaksanaan dasar dan polisi Kerajaan Negeri berkaitan inisiatif Bandar Pintar.

Menyediakan khidmat urusetia kepada mesyuarat-mesyuarat berikut:
- Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Negeri Pintar

- Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Pintar
- Mesyuarat-mesyuarat lain mengenai inisiatif negeri Pintar.

-Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Inisiatif Tanpa Tunai Bagi Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang

-Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inisiatif Tanpa Tunai Bagi Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Pulau Pinang

-Menyediakan Kertas MMK dan memanjangkan keputusan kertas MMK kepada pihak yang berkenaan.

-Menyediakan maklumbalas MMK dan melaksanakan keputusan MMK berhubung inisiatif negeri Pintar.

-Menyediakan jawapan bagi soalan berkaitan persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan sebarang aduan awam berkaitan inisiatif Negeri Pintar.

 

Recommended Post

Paras 25, KOMTAR, 10503 Pulau Pinang
Tel : +604-2621957 
Talian Aduan : +604-2642020
Faks : +604-2634940
Emel : webmaster[at]penang[dot]gov[dot]my  

Capaian Keseluruhan : 1619379

  • Kemas Kini Terakhir: 01 December 2022.
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768